JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai

20/01/2026 01:25 PM

NIBONG TEBAL, 20 Jan (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terapung dalam sungai berhampiran jambatan Jalan Titi Timbul, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata bomba menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 9.28 pagi daripada pihak polis.

“Sebanyak lima anggota bomba termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat itu dari sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada 10.42 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan