AM

PM Anwar Akan Lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 Hari Ini

20/01/2026 11:13 AM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya hari ini, sebagai langkah reformasi pendidikan bagi membina masa depan generasi muda yang lebih adil, berdaya saing dan berteraskan nilai.

Anwar berkata pelan pendidikan baharu itu melibatkan dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Ini adalah reformasi pendidikan demi masa depan anak-anak yang lebih adil, berdaya saing dan berakar pada nilai, agar mereka berpeluang membina kehidupan yang bermakna dan bermaruah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Majlis pelancaran pelan berkenaan dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 12.30 tengah hari ini.

RPN 2026-2035 merupakan rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Dalam kenyataan bersama sebelum ini, KPM dan KPT memaklumkan pelancaran itu mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum dan berdaya saing pada peringkat global.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan