DUNIA

Pasaran Getah Kekal Tidak Berubah Minggu Depan

17/01/2026 11:29 AM

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka kekal tidak berubah pada minggu depan, dengan permintaan dan harga berkemungkinan bergerak mendatar, kata pakar industri Denis Low.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pembekal dan pengguna mungkin menyimpan inventori di tengah-tengah ketidaktentuan global, yang telah membawa kepada peningkatan ketidakstabilan dalam tempoh sementara.

Beliau juga memberitahu Bernama bahawa ketidaktentuan iklim turut menyebabkan keadaan cuaca yang sukar diramalkan, ini berlaku selepas bulan-bulan normal yang berlaku di antara musim tengkujuh dan musim sejuk yang biasanya menyaksikan produktiviti getah serta iventori bertambah baik nampaknya sedang dicabar.

"Hujan monsun dilihat masih berterusan manakala musim sejuk bagi pokok getah kelihatan lebih awal daripada biasa. Musim sejuk pokok getah biasanya berlaku dari akhir Februari hingga April, yang mana hasil boleh menurun kira-kira 45 hingga 50 peratus," katanya.

Selain fenomena tersebut, keadaan diburukkan lagi dengan ketidaktentuan akibat situasi politik di Eropah, Timur Tengah dan Amerika Selatan. 

“Jika perang meletus, ia dijangka menyebabkan permintaan getah melonjak secara mendadak atau permintaan boleh jatuh ke tahap yang membimbangkan,” katanya.

Harga minyak dan dolar US yang tidak menentu mungkin memberi kesan kepada harga serta permintaan.

Beliau menambah persekitaran yang tidak memberangsangkan ini membentangkan ketidaktentuan dan mungkin menyebabkan pasaran mengamalkan sikap yang lebih berhati-hati.

Baru-baru ini, ahli ekonomi lulusan Oxford Economics, Jack Reid memberitahu Bernama bahawa harga minyak mentah Brent dijangka menghadapi tekanan menurun yang berterusan sepanjang 2026, dengan harga unjuran akhir tahun pada sekitar US$57 setong berikutan kemasukkan bekalan tambahan ke dalam pasaran minyak global yang sudah pun berlebihan.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 susut 12.5 sen kepada 760.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik satu sen kepada 576 sen sekilogram.

 

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan