AM

PERKESO Sedia Salur Bantuan Kepada Mangsa Letupan Gas Universiti HELP – Ramanan

15/01/2026 03:42 PM

PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersedia menyalurkan bantuan kepada mangsa insiden letupan gas penyaman udara di Universiti HELP, di ibu negara, Isnin lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan berkata bantuan awal dikendalikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandangkan mangsa adalah pelajar, namun PERKESO dan KESUMA akan menyediakan sokongan tambahan.

“Mangsa yang terlibat mengalami kecederaan parah dan masih berada dalam keadaan kritikal di hospital. Doa kita bersama mereka agar cepat sembuh,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Amanat Tahun Baharu KESUMA 2026 di sini hari ini.

Kejadian pada 12 Jan lepas meragut nyawa seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, pelajar praktikal tahun tiga Kursus Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), yang sepatutnya menamatkan latihan industrinya hari ini.

Kejadian pada 12 Jan itu meragut nyawa seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun, pelajar praktikal tahun tiga Kursus Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Letupan itu turut mencederakan sembilan individu, termasuk empat pelajar.

Mengulas perkembangan siasatan di Batu Kawan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Ahmad Izram Osman berkata laporan siasatan insiden letupan itu dijangka diperoleh dalam tempoh dua minggu.

“Pasukan forensik masih meneliti rakaman percakapan, pemeriksaan peralatan, pemilik dan pengeluar, serta mengambil sampel lokasi kejadian untuk analisis menggunakan Gas Chromatography Mass Spectrometry (GC-MS).

“Sesetengah sampel mungkin dirujuk ke makmal kimia bertauliah luar,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan