BEIJING, 12 Jan (Bernama-CMG) -- Usaha meningkatkan daya saing Kesatuan Eropah (EU) akan menjadi agenda utama Ireland apabila negara itu memegang jawatan pengerusi blok berkenaan bermula 1 Julai tahun ini.
Perdana Menteri Ireland Micheal Martin menyatakan demikian dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Martin berkata EU perlu memastikan pelaburan dalaman kekal dinamik, sambil mewujudkan rangka kerja perdagangan yang mampan dengan China.
"Sebanyak 90 peratus produk keluaran kami adalah untuk eksport. Oleh itu, kami tetap komited kepada konsep perdagangan terbuka dan adil serta menyokong persekitaran persaingan yang saksama," katanya.
Martin turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan gelombang antiglobalisasi dan amalan yang bertentangan dengan perdagangan bebas.
Menurut beliau, masyarakat antarabangsa perlu berusaha sedaya upaya ke arah mewujudkan persekitaran perdagangan bebas yang seimbang dan terbuka.
"Fahaman perlindungan mungkin memberi keuntungan jangka pendek, tetapi ia akan menjejaskan kedinamikan ekonomi dan melemahkan daya saing dalam jangka masa panjang," tambah beliau.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial