BERITA TERGEMPAR   Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | 
 DUNIA

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

09/01/2026 06:50 PM

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, seiring dengan pergerakan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh krisis geopolitik yang berterusan serta ketidaktentuan mengenai dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, sentimen telah disokong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS, harga minyak mentah yang kembali pulih serta kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang terhad di negara pengeluar utama getah asli berikutan cuaca lembap yang berpanjangan,” katanya kepada Bernama.

Menurut peniaga, niaga hadapan getah Jepun menyusut bagi sesi kedua berturut-turut hari ini disebabkan peningkatan stok tayar melibatkan pengguna utama China dan pengeluaran tayar yang perlahan.

Sementara itu, harga minyak menokok untuk hari kedua berturut-turut hari ini dan dijangka meningkat untuk minggu ketiga berikutan ketidaktentuan mengenai bekalan dari Venezuela serta pergolakan di Iran yang meningkatkan kebimbangan terhadap pengeluaran di negara itu, katanya.

Pada 4.58 petang, ringgit susut kepada 4.0705/0770 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0650 ketika ditutup semalam.

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat sebanyak dua sen sekilogram kepada 760.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal tidak berubah pada 575 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan