IPOH, 5 Jan (Bernama) -- Kes denggi di Perak berkurangan kepada 5,073 sepanjang tahun lepas berbanding 6,924 kes yang dicatat dalam tempoh sama bagi 2024, penurunan sebanyak 73.27 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan berkata dalam tempoh sama, sebanyak dua kematian dilaporkan berbanding 17 pada 2024.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Sivanesan juga berkata penurunan kes denggi itu adalah hasil kerjasama erat antara Jabatan Kesihatan Negeri Perak, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Pengarah Hospital Banting Dr Fakhruddin Amran dilantik sebagai Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang baharu berkuat kuasa 15 Dis lepas.
Sivanesan berkata anak jati kelahiran Perak itu telah berkhidmat selama enam tahun sebagai Pengarah Hospital Banting selain berpengalaman luas dalam pengurusan hospital dan pentadbiran kesihatan selain melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan perkhidmatan pesakit.
“Kita harap dengan pengalaman luas sebelum ini, beliau dapat meneruskan agenda penambahbaikan perkhidmatan kesihatan di HRPB serta memantapkan tadbir urus hospital demi kepentingan pesakit dan warga kerja,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial