PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) -- Cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah masih di peringkat kajian dan belum dimuktamadkan, sekali gus mengesahkan tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata keputusan akhir hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.
“Kementerian Pendidikan memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.
Selain itu, beliau berkata cadangan itu dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial