AM

Jabatan Kesihatan Kelantan Perkasa Program Gaya Hidup Sihat Sepanjang 2026

01/01/2026 07:42 PM

TUMPAT, 1 Jan (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan terus memperkasakan program menggalakkan gaya hidup sihat sepanjang tahun ini yang menjadi antara inisiatif bagi menangani isu kesihatan penduduk.

Pengarah JKNK Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Kelantan juga telah meningkat terutamanya yang berkaitan pengambilan makanan.

Beliau berkata sebagai contoh, telah wujud kesedaran agar makanan yang disajikan tidak terlalu manis walaupun Kelantan cukup terkenal dengan juadah yang manis.

"Jadi untuk tahun ini, kami mahu memperkasakan program berkaitan bagi terus meningkatkan kesedaran rakyat berhubung gaya hidup sihat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program GenerasiKu Sayang Kelantan Bersama Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di sini hari ini.

Dr Mohd Azman berkata JKNK bertekad memberikan perkhidmatan terbaik tahun ini selain menyeru rakyat negeri ini untuk terlibat dalam aktiviti yang akan dilaksanakan demi menangani masalah kesihatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan