KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara.
Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat supaya terus memperkukuh perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain demi keharmonian Malaysia.
“Seri Paduka Baginda turut berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan berpanjangan,” menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial