KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
Kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,308.0 bagi setiap auns troy daripada US$4,371.4 pada Selasa manakala kontrak Januari 2026 merosot kepada US$4,348.2 bagi setiap auns troy daripada US$4,392.6 semalam.
Sementara itu, kontrak Februari 2026 menurun kepada US$4,363.7 bagi setiap auns troy daripada US$4,408.1 semalam dan kontrak Mac 2026 menyusut kepada US$4,380.4 bagi setiap auns troy daripada US$4,424.8 sebelumnya.
Jumlah dagangan berkurang kepada 56 lot daripada 130 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 90 kontrak daripada 176 kontrak sebelumnya.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,367.8 bagi setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Dis, 2025.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup esok, 1 Jan, 2026 bersempena cuti umum Tahun Baharu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial