AM

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Cat Rumah

31/12/2025 08:54 PM

KOTA KINABALU, 31 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja mengecat sebuah rumah di Fasa 3, Kampung Likas di sini pagi tadi.

Mangsa yang berusia 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dengan kesan terbakar dan putus pergelangan tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.03 pagi sebelum 10 anggota digerakkan ke lokasi bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Beliau berkata pihaknya tiba di lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Lintas pada 10.09 pagi.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebaik sahaja pengesahan kematian dibuat oleh petugas kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata operasi yang mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Sabah Electricity itu ditamatkan sepenuhnya pada 11.10 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan