JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga Warga China Didakwa Edar Syabu 26kg

31/12/2025 11:27 AM

GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Tiga lelaki warga China didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah, akhir bulan ini.

Tertuduh, Xie Zhouji, 38;  Zhang Mea, 32; dan Chen Cheng, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamin seberat 26.025 kilogram di sebuah pangsapuri di Kompleks Adorna Gold pada 10 malam, 20 Dis.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39(B)(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Danial Amir Saad tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh bagi sebutan laporan kimia. 

 Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 25 Feb depan bagi sebutan semula untuk laporan kimia.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan