JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Wanita, Rampas Bunga Ganja Bernilai RM33,000

30/12/2025 07:12 PM

ALOR SETAR, 30 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita dan merampas dadah jenis bunga ganja seberat 1,047 gram bernilai RM33,000 dalam satu operasi di jalan Kuala Kedah dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali berkata bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah menahan wanita berusia 27 tahun itu pada 11.15 malam.

“Hasil pemeriksaan, polis menemukan satu peket plastik lut sinar berisi dadah jenis bunga ganja itu. Turut dirampas, sebuah motosikal yang ditunggang wanita terbabit semasa tangkapan dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita itu didapati negatif terhadap dadah, namun hasil semakan mendapati dia mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Syed Basri berkata wanita berkenaan kini direman hingga 3 Jan ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan