EKONOMI

Genting Vista Terbit Nota Jangka Sederhana Tidak Berkadar RM3 Bilion

30/12/2025 07:11 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Genting Bhd (Genting), Genting Vista Bhd hari ini telah menerbitkan program nota jangka sederhana (MTN) tidak berkadar sebanyak RM3.0 bilion dalam nilai nominal (Siri 1) di bawah program MTN tidak berkadar RM5 bilionnya.

Hasil yang diperoleh daripada terbitan MTN Siri 1 akan digunakan untuk menebus MTN yang dikeluarkan oleh Genting RMTN Bhd, anak syarikat milik penuh Genting, yang digunakan bagi membiayai sebahagian daripada pemerolehan saham-saham biasa dalam Genting Malaysia Bhd susulan tawaran pengambilalihan oleh Genting.

Genting melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata nota Siri 1 itu dikeluarkan setanding dengan tempoh satu hingga lima tahun dan membawa kadar faedah setahun KLIBOR + 1.80 peratus selama tiga bulan.

Affin Hwang Investment Bank Bhd dan AmInvestment Bank Bhd merupakan Pengurus Utama bagi terbitan MTN Siri 1.

Genting juga mengumumkan bahawa Genting RMTN hari ini telah menebus sepenuhnya agregat RM3.0 bilion nilai nominal MTN yang dikeluarkan pada 10 Nov 2025, 20 Nov 2025, 27 Nov 2025 dan 5 Dis 2025 di bawah Program MTN RM10 bilionnya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan