POLITIK

Azmin Ali Umum Letak Jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional

30/12/2025 12:48 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Jan 2026. 

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata ini kerana pelantikannya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Dalam hantaran sama, Azmin memaklumkan beliau turut mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Selangor berkuat kuasa tarikh sama. 

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 sebelum langkah yang sama diikuti oleh Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan