JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Buru Lelaki Curi Beg, Motosikal Di Masjid

29/12/2025 06:27 PM

GEORGE TOWN, 29 Dis (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri beg dan sebuah motosikal milik seorang warga emas di sebuah masjid di Batu Uban, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang berusia lingkungan 70-an pada hari sama.

"Berdasarkan laporan polis, beg mengandungi wang tunai RM100 dan motosikal terbabit dicuri ketika mangsa sedang berada di dalam masjid. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju warna hitam telah mengambil satu beg milik seorang warga emas yang sedang berehat di dalam sebuah masjid sebelum turut melarikan motosikal milik mangsa.

Video itu dipercayai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di dalam masjid terbabit.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan