KUANTAN, 23 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pahang menunjukkan pengurangan dengan 194 mangsa daripada 58 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 218 orang daripada 66 keluarga petang semalam.
Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 129 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat, Kuantan manakala di Maran sebanyak 35 orang daripada enam keluarga berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Tiga PPS iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Sekolah Kebangsaan Pulau Manis dan Dewan Orang Ramai Air Hitam pula beroperasi di Pekan, menempatkan 30 mangsa daripada 17 keluarga.
Laman web infobanjir pula memaklumkan paras air Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan telah melepasi aras bahaya namun menunjukkan trend penurunan setakat 8 pagi ini.
Hujan lebat berterusan minggu lepas mengakibatkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir dengan mangsa yang dipindahkan ke PPS direkodkan melebihi 13,000 orang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial