JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Wanita Dalam Beg: Mangsa Dicekik Di Ampang

21/12/2025 07:04 PM

SEREMBAN, 21 Dis (Bernama) -- Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau. 

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.

“Pergaduhan berpunca daripada isu kewangan dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Idzam berkata setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh. 

Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4. 

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan