JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Wanita Dalam Beg: Seorang Lagi Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

19/12/2025 06:20 PM

SEREMBAN, 19 Dis (Bernama) -- Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang petang tadi.

“Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Bernama hari ini melaporkan seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini.

Lelaki itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan