JENAYAH & MAHKAMAH

87 Saman Direkod Sepanjang RXZ Members Ride 3.0 Di Melaka

15/12/2025 11:52 AM

MELAKA, 15 Dis (Bernama) -- Polis Melaka mengeluarkan 87 saman atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang penganjuran RXZ Members Ride Edition 3.0 yang berlangsung di sekitar negeri berkenaan dari 12 hingga 14 Dis.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua saman itu dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Antara kesalahan utama yang dikenal pasti ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (14 kes), tiada lesen memandu (13 kes) dan lesen memandu tamat tempoh (satu kes) serta tidak mempamerkan pelekat P atau L (11 kes).

“Kesalahan lain yang turut direkodkan melibatkan aksesori tidak dibenarkan (10 kes), tiada perlindungan insurans (sembilan kes), tiada cermin sisi (enam kes) dan tiada nombor pendaftaran (lima kes),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata polis turut mengesan kesalahan topi keledar (lima kes), ubah suai ekzos (empat kes), kesalahan nombor plat (tiga kes) serta lampu brek (tiga kes) selain tidak patuh arah (dua kes) dan gagal berhenti (satu kes) direkodkan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga tiada kenderaan disita dan tiada tangkapan dibuat, selain tiada sebarang kemalangan maut atau parah dilaporkan melibatkan peserta program berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan