JOHOR BAHRU, 13 Dis (Bernama) -- Dua pekerja maut manakala tiga lagi cedera, selepas sebuah kren mengangkat arang batu, runtuh di Loji Janakuasa Tanjung Bin dekat Kukup, Pontian hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mahadir Mamat berkata dalam kejadian sekitar 1 tengah hari tadi, mangsa yang maut merupakan warga tempatan iaitu Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22.
Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan sekitar jam 3 petang dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Tiga lagi mangsa lelaki warga tempatan yang cedera telah dibawa ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahadir berkata 15 anggota termasuk daripada BBP Pekan Nenas dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi turut dibantu Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) Malakoff.
Beliau berkata runtuhan tersebut turut menyebabkan kebakaran kecil, namun berjaya dikawal dan dipadamkan bersama pihak ERT Malakoff.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial