EKONOMI

Isu Cloudfare Dapat Diatasi, Perkhidmatan Bursa Malaysia Pulih Sepenuhnya

19/11/2025 07:52 AM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Semua perkhidmatan Bursa Malaysia Bhd kini pulih sepenuhnya susulan gangguan global Cloudflare yang menjejaskan capaian ke beberapa laman web tempatan semalam.

Dalam kemas kini di akaun X pada 11:34 malam tadi, pengendali bursa tempatan itu berkata masalah teknikal berkenaan telah diselesaikan dan platformnya juga beroperasi seperti biasa.

“Isu Cloudflare telah dapat diselesaikan dan perkhidmatan pulih sepenuhnya….perkhidmatan kami juga kembali beroperasi seperti biasa. Kami menghargai kesabaran semua sepanjang tempoh gangguan ini,” katanya.

Semalam, Bursa Malaysia mengesahkan bahawa platformnya tidak dapat diakses akibat gangguan global Cloudflare berkenaan.

Beberapa laman web tempatan, termasuk portal berita juga tidak dapat diakses berikutan  gangguan perkhidmatan dalaman dialami oleh Cloudflare.

Cloudflare merupakan sebuah syarikat infrastruktur dan keselamatan Internet global.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan