JENAYAH & MAHKAMAH

Cubaan Sabotaj Program Selawat Dan Munajat Perdana Polis KL Dikesan

06/11/2025 01:02 PM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Polis Kuala Lumpur mengesan cubaan sabotaj terhadap Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung petang esok di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 di sini.

Menerusi kenyataan di laman sosial rasminya, Polis Kuala Lumpur memaklumkan terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan e-mel palsu kepada jemputan kononnya program itu dibatalkan.

“Program Selawat dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur 1447H/2025M tidak dibatalkan, program berkenaan akan berlangsung sepertimana yang telah dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan program berkenaan yang juga boleh diikuti secara dalam talian melalui laman Facebook rasminya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan