KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 1.45 juta peserta telah menyertai modul percuma yang ditawarkan dalam Portal Rakyat Digital setakat hari ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha menjayakan aspirasi Malaysia sebagai Negara Kecerdasan Buatan (AI) (AI Nation) dan hab serantau menjelang 2030 yang memfokuskan antaranya kepada usaha pembangunan bakat tempatan secara komprehensif di semua peringkat.
"Portal Rakyat Digital merupakan platform pembelajaran kendiri dalam talian percuma untuk meningkatkan literasi asas AI yang menawarkan modul seperti AI Untuk Rakyat, Generatif AI, AI Fluency, dan topik digital lain.
"Selain itu, AI at Work 2.0 dengan kerjasama Google telah diperkenalkan bagi melengkapkan 445,000 penjawat awam dengan alat AI generatif untuk meningkatkan kecekapan serta produktiviti perkhidmatan awam," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berkenaan rancangan Malaysia untuk merealisasikan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial