AM

SSM Agih Lebih RM200,000 Zakat Korporat Kepada HTJ

03/11/2025 05:11 PM

SEREMBAN, 3 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyalurkan sumbangan Wakalah Zakat Korporat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah RM226,750 kepada Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan golongan memerlukan di sekitar Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan SSM, sumbangan itu merangkumi agihan RM200,000 bagi pembekalan peralatan perubatan berteknologi tinggi, iaitu Diagnostic Ultrasound System, BeneVision PM 15 Patient Monitor, Commercial Blender dan Domestic Blender with Dry Mill

“Sumbangan peralatan perubatan itu bagi menyokong rawatan serta pemulihan pesakit serta  meningkatkan keupayaan hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan lebih cekap dan berkualiti," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Nor Azimah Abdul Aziz. 

SSM turut mengagihkan zakat berjumlah RM21,750, kepada Surau Nur Hidayah dan 51 penduduk serta pelajar asnaf dari Kampung Kondok, Nilai serta menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung itu bagi menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur balai raya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan