KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata inilah saat untuk mereka menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, malam tanpa lena, serta setiap doa yang tidak pernah putus selama ini.
“Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-Allah, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian.
“Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang,” kata Perdana Menteri.
Menurut Kementerian Pendidikan, peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial