DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

31/10/2025 10:21 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berikutan jangkaan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

CGS International Futures Malaysia Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata China telah bersetuju untuk membeli sejumlah besar kacang soya Amerika susulan rundingan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

“China telah bersetuju untuk membeli 12 juta tan metrik kacang soya tahun ini, memberikan sedikit kelegaan kepada petani AS yang telah menunggu dengan penuh harapan penyambungan semula eksport ke negara Asia itu.

“Untuk tiga tahun akan datang, China telah bersetuju untuk membeli minimum 25 juta tan setiap tahun untuk tiga tahun akan datang,” menurut satu laporan.

Pada penutup. kontrak semerta November 2025 turun RM32 kepada RM4,185 satu tan, Disember 2025 susut RM47 kepada RM4,193 setan, manakala Januari 2026 dan Februari 2026 merosot RM53 masing-masing kepada RM4,207 dan RM4,222 satu tan.

Kontrak Mac 2026 dan April 2026 menguncup RM52 masing-masing kepada RM4,228 setan dan RM4,220 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 93,756 lot daripada 82,258 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 264,770 kontrak daripada 264,546 kontrak sebelumnya.

Pada pasaran fizikal, November Selatan naik RM20 kepada RM4,4240 setan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan