AM

JKM Perkukuh Perkhidmatan Kaunter Dan Lapangan Demi Kesejahteraan Rakyat

31/10/2025 06:00 PM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus menambah baik peranan serta perkhidmatan di kaunter dan di lapangan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam kenyataan hari ini, JKM memaklumkan pihaknya sentiasa mengambil berat terhadap aduan, pandangan dan rungutan yang diterima berhubung pelaksanaan tanggungjawab serta peranan jabatan itu dalam memberikan perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat.

“JKM menzahirkan komitmen berterusan untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap setiap isu dan aduan yang diterima.

“Setiap maklum balas daripada rakyat amat dihargai kerana ia membantu JKM menambah baik mutu perkhidmatan serta memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap jabatan ini,” menurut kenyataan itu.

JKM turut menasihati orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklum balas berkaitan kes kebajikan, aduan atau pertanyaan berserta bukti kukuh melalui saluran rasmi seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) dan Talian Kasih 15999.

Saluran rasmi lain termasuk aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999, emel pro_jkm@jkm.gov.my, atau dengan hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di negeri dan daerah berdekatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan