Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap potensi rangsangan ekonomi dari China, kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh jangkaan terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).
“Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, di tengah-tengah data ekonomi AS yang lemah dan kebimbangan mengenai petunjuk ekonomi China yang akan datang,” katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata harga minyak meningkat sedikit dalam dagangan Asia pada Rabu berikutan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Timur Tengah yang mengancam usaha gencatan senjata, sementara para peniaga pula kekal berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan.
Beliau menambah Rizab Persekutuan dijangka menurunkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus pada Rabu ketika pembuat dasar berdepan dengan kekangan data dan kebimbangan berterusan terhadap pasaran pekerjaan AS.
Pada 5.15 petang, ringgit mengukuh kepada 4.1920/1955 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 ketika ditutup pada Selasa.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 0.5 sen kepada 748.00 sekilogram, manakala lateks pukal susut dua sen kepada 565.50 sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial