KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sabah sehingga 12 tengah hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.30 pagi, kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, dan Kulim, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah.
Di Selangor, cuaca buruk diramal berlaku di Klang, Kuala Langat, dan Sepang, sementara di Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, dan Rembau.
Bagi Melaka, kawasan terlibat ialah Alor Gajah dan Melaka Tengah, manakala di Sabah melibatkan Tawau, Sandakan, dan Kinabatangan.
Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada kerana hujan lebat dan angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan di kawasan terjejas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial