AM

Perjanjian Timbal Balas Dengan AS Tidak Jejas Kedaulatan Malaysia - Tengku Zafrul

26/10/2025 09:28 PM

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) - Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.

“Jika anda melihat perjanjian itu, ia menghormati kedaulatan kedua-dua negara, kita tidak akan menandatangani sesuatu yang akan menjejaskan kedaulatan negara kita.

"AS telah menawarkan akses pasaran yang lebih baik dan terjamin berbanding komitmen awal kita," katanya pada sidang media hari ini.

Malaysia berpuas hati dengan perjanjian perdagangan yang dicapai dengan AS, katanya.

Tengku Zafrul berkata perjanjian berkenaan yang memastikan persekitaran dagangan lebih terbuka akan meningkatkan keyakinan pelabur sekali gus menjadikan syarikat AS lebih berminat untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia.

-- BERNAMA.

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan