DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Harga Emas Global Naik Ke Paras Tertinggi Baharu

13/10/2025 10:39 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu US$4,100 satu auns.

Prestasi positif ini juga selaras dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik kepada US$4,083.10 setiap auns troy daripada US$3,998.20 sewaktu ditutup pada Jumaat, kontrak November 2025 meningkat kepada US$4,098.30 daripada US$4,014.40 dan kontrak Disember 2025 berada pada US$4,114.30 daripada US$4,031.40 sebelumnya.

Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada US$4,131.30 setiap auns troy daripada US$4,048.40 sebelumnya manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada US$4,147.80 daripada US$4,065.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 470 lot daripada 971 lot sewaktu ditutup pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 529 kontrak berbanding 995 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$3,974.50 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Okt, 2025.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan