AM

Lesen Program Bantuan MyLesen Bukan Tiket Jadi 'Raja Jalanan' - JPJ

12/10/2025 08:10 PM

SIBU, 12 Okt (Bernama) -- Peserta Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 diingatkan agar tidak menyalahgunakan lesen yang diterima sebagai ‘tiket’ untuk menjadi raja jalanan atau terlibat dalam aktiviti lumba haram.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Nor Azlan Ibrahim berkata lesen memandu adalah amanah dan simbol kepercayaan, bukannya lesen bebas untuk menunggang motosikal sesuka hati atau melakukan ubah suai haram.

“Lesen ini bukan kampu hijau untuk berlumba, menunggang secara berbahaya atau mengubah suai motosikal secara haram atau tanpa cukai jalan. Kita tidak mahu anak muda yang diberi peluang akhirnya terjebak dalam kancah kebinasaan,” katanya pada Majlis Penutupan Program MyLesen Kelas B2 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka 2025 di Dewan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan keseronokan sementara boleh membawa padah, termasuk kecederaan, kehilangan nyawa dan tindakan undang-undang.

Nor Azlan turut menegaskan JPJ tidak teragak-agak untuk membatalkan lesen MyLesen sekiranya penerimanya terbabit dalam lumba haram atau aktiviti rempit.

Seramai 1,114 peserta daripada golongan B40 DUN Nangka menyertai program itu yang disempurnakan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi mewakili ADUN Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan