AM

Inti Pati Belanjawan 2026

10/10/2025 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berikut adalah inti pati Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.

Belanjawan yang mengangkat tema ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ itu merupakan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.

  • Lebih RM700 juta diperuntuk untuk tingkat keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui Latihan serta perolehan asset.
  • JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital, bendung pemalsuan serta ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV.
  • Penyumbang tunai program pencegahan rasuah layak mendapat potongan cukai pendapatan.
  • Agenda Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) jimat kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion, bantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
  • Pasukan STAR terima RM25 juta untuk usaha pendigitalan menyeluruh urusan rakyat, percepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.
  • MyDigital ID sasar 15 juta pengguna menjelang akhir 2025, diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
  • RM76.6 juta disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
  • RM31.5 juta disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak.
  • RM220 juta untuk perkasa peranan Institusi Parlimen, RM5 juta bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat .
  • RM15 juta untuk perluas liputan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).
  • Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.
  • Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna, masukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.
  • Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak BUDI95 sedang dikemas kini untuk sedia kuota tambahan kepada 23,000 pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000 pemandu e-hailing aktif.
  • Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
  • RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
  • Sejati MADANI diperluas dengan melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti.
  • Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.
  • Solar MADANI diperluas ke kampung-kampung seluruh negara.
  • Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan.
  • RM110 juta untuk Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
  • Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, Sarawak meningkat kepada RM6 bilion.
  • Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link, tangani gangguan bekalan elektrik di Sabah.
  • RM1.67 bilion untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual.
  • Sarawak-Sabah Link Road Fasa (SSLR) 1 dijangka siap November 2026, SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.
  • Kesemua projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak melibatkan kos mencecah RM48 bilion.
  • RM2 bilion untuk bangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 kilometer, pastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital sebaiknya.
  • RM20 juta untuk menambah tapak dan ruang niaga kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
  • Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion.
  • Majlis TVET Negara terima RM45 juta untuk terap ilmu teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.
  • Institusi TVET KPM disediakan RM1.3 bilion untuk mendidik 79,000 penuntut TVET.
  • RM60 juta untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • RM300 juta bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
  • RM50 juta untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaik taraf 363 premis perniagaan MARA seluruh negara bagi manfaat 7,300 usahawan.
  • RM15 juta untuk membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia.
  • Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
  • RM50 juta kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pembiayaan menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.
  • Projek Pemindahan Air Jeniang mula dilaksanakan tahun depan dengan kos RM1.28 bilion.
  • Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik dengan dana RM100 juta.
  • 6,400 pesawah dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta.
  • RM300 juta untuk menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
  • Agrobank sedia RM1.1 bilion untuk usahawan mengembangkan perniagaan, menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.
  • RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah serta insentif pengeluaran padi.
  • Setiap pesawah dianggar terima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790  sehektar bagi setiap musim.
  • Untuk golongan nelayan, RM160 juta diperuntukan bagi elaun sara hidup, diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan, RM20 juta untuk menaik taraf vesel.
  • RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan.
  • Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 bilion, Kementerian Dalam Negeri (KDN) RM21.2 bilion untuk tingkat tahap kesiapsiagaan negara.
  • RM6 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset pertahanan, RM1 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset PDRM serta badan beruniform di bawah KDN.
  • Lebih RM1.5 bilion untuk membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform.
  • Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu.
  • RM45 juta disediakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.
  • Mengekang gejala buli - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tambah CCTV.
  • Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.
  • Rang Undang-undang Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.
  • RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) tangani jenayah penipuan dalam talian dan ancaman siber, RM 20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital.
  • RM220 juta untuk membangun semula bangunan IPG Kampus Gaya, Sabah yang rosak dan daif.
  • RM39 juta projek tebatan banjir fasa kedua dan membina semula satu blok sekolah yang terkesan banjir di Inanam, Sabah.
  • Dana RM460 juta untuk NADMA bersiap sedia menghadapi bencana.
  • Semua kerajaan negeri dibenarkan guna dana MARRIS bagi memperoleh Jambatan Panel Keluli Bermodular (Bailey Bridge).
  • MCMC menyediakan RM210 juta untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS).
  • RM2.2 bilion disediakan bagi meneruskan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
  • Lebih RM260 juta bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara, RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.
  • RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti melindungi hutan; kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat.
  • RM300 juta untuk merawat, menyelenggara dan membersih sungai; RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa.
  • Pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan sehingga RM13 bilion untuk lima tahun bagi capaian bekalan air bersih seluruh negara. 
  • RM400 juta untuk pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi; lebih 820km paip usang akan diganti.
  • RM770 untuk melaksana baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.
  • Liputan jalur lebar diperluas melalui projek JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu dengan peruntukan RM780 juta.
  • Peluang pendidikan Bumiputera diberi keutamaan dengan peruntukan keseluruhan MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM RM6 bilion.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 bagi yuran taska atau tadika kanak-kanak berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar.
  • Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah.
  • Bermula tahun hadapan, had umur belia ditetapkan kepada 15 hingga 30 tahun.
  • RM250 juta untuk memulakan PLKN secara rintis di peringat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada 2027.
  • Rakan Muda disediakan RM40 juta; kerajaan terus menanggung bayaran mendapatkan lesen motosikal kelas B2.
  • Peruntukan RM412 juta bagi memperkasa Orang Asli secara menyeluruh, tidak termasuk peruntukan di bawah Bumiputera.
  • Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Orang Asli 1954, jalan-jalan di Kampung Orang Asli ditambah baik dengan kos RM155 juta.
  • Premis tabika dinaik taraf di semua Kampung Orang Asli dengan kos hampir RM13 juta.
  • Bantuan hampir RM1.4 bilion akan disalurkan untuk OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.
  • RM15 juta untuk memperkasa Program Peluang Kedua, RM10 juta bagi melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian.
  • Sempena perayaan Deepavali, bayaran STR Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.
  • Kerajaan bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.
  • Semua 9 juta penerima STR menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun; 1 juta penerima STR di bawah eKasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400.
  • Kerajaan sekali lagi memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas, disalur pada pertengahan Februari.
  • STR SARA 2026 berjumlah RM15 bilion, peningkatan hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.
  • Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat terus disalurkan kepada lebih 560,000 penerima dengan peruntukan RM3.1 bilion; RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup.
  • RM250 juta untuk menanggung kos pengedaran barang asas di Sabah dan Sarawak.
  • Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus.
  • Skim i-Saraan diteruskan untuk pekerja informal atau bekerja sendiri dengan caruman padanan sehingga RM500 setahun; 
  • Umur kelayakan i-Suri dinaikkan kepada 60 tahun selari usia persaraan minimum; peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan kepada RM1.26 bilion melibatkan 180,000 warga emas.
  • Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan.
  • Bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital awam, peranan klinik kesihatan turut diperkasa untuk menyediakan perkhidmatan pakar kepada komuniti dengan peruntukan RM30 juta.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ringgit bagi bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful nyawa.
  • Kerajaan meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak dan 935 graduan Institut Latihan KKM ditawar jawatan tetap tahun hadapan.
  • Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40 peratus berkuat kuasa 1 Okt.
  • Kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.
  • KPM menerima RM66.2 bilion, hampir RM2 bilion bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, 38 sekolah baharu akan dibina.
  • RM100 juta bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi dan RM100 juta lagi untuk bina 350 kelas prasekolah baharu.
  • Semua 5.2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta ringgit.
  • KPT menerima RM18.6 bilion ringgit, lebih RM400 juta untuk menyelenggara prasarana dan mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik serta kolej komuniti.
  • Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin, pengecualian bayaran balik kepada mahasiswa perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA.
  • Kerajaan MADANI menyediakan subsidi RAS RM209 juta ringgit untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah Sarawak.
  • RM2.5 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan di kawasan berisiko serta mengganti perabot jalan.
  • Geran padanan sehingga RM4,000 disedia untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.
  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
  • RM50 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara.
  • Syiar Islam terus syumul dan tertegak di negara ini dengan peruntukan RM2.6 bilion.
  • Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000.
  • Kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi menunaikan Haji terhad kepada penebusan RM10,000 ribu dengan peruntukan RM10 juta.
  • RM55 juta diperuntukkan khusus untuk memperbanyak program perpaduan dan identiti nasional.
  • RM110 juta insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.
  • RM10 juta insentif penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia bagi menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • RM20 juta untuk menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya penggiat kreatif animasi dan permainan digital tempatan.
  • Kelonggaran perolehan kepada semua kementerian dan jabatan untuk memperoleh produk merchandise dan kandungan digital.
  • Hampir RM2.2 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters kerajaan; had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.
  • Kadar Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak KEMAS dinaikkan kepada RM500 sebulan.
  • Bayaran khas RM500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.
  • Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi diperluas kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam Persekutuan.
  • Gaji hakim dinaikkan sehingga 30 peratus mulai 1 Januari 2026, semua anggota Jemaah Menteri  terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.
  • Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, RM250 bagi pesara kerajaan akan disalurkan awal Mac 2026.
  • Sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta.

--  BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan