KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, seiring dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 susut 2.5 mata kepada 1,630.0, November 2025 dan Disember 2025 turun 3.0 mata masing-masing kepada 1,629.0 dan 1,627.50, manakala Mac 2026 berkurangan 4.0 mata kepada 1,606.50.
Jumlah dagangan menyusut kepada 4,329 lot daripada 4,542 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,974 kontrak daripada 45,759 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 8.06 mata kepada 1,630.03, daripada paras penutup 1,638.09 pada Isnin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial