AM

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Takziah Atas Pemergian Bonda Tengku Permaisuri Selangor

28/09/2025 08:01 PM

KUANTAN, 28 Sept (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan rasa dukacita serta merakamkan ucapan takziah kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda baginda.

Menurut perkongsian di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar Allahyarham Esah Tahar, bonda Tengku Permaisuri Norashikin, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diringankan kesedihan dan dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” menurut hantaran itu.

Selangor Royal Office menerusi satu hantaran memaklumkan Allahyarham berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Damansara, Selangor akibat sakit tua pada 5.15 pagi hari ini.

Jenazah Allahyarham Esah selamat dikebumikan di Makam Diraja di Shah Alam, Selangor pada 2.45 petang tadi. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan