PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan enam anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi sesi 2025-2028.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 (Akta 597).
Anggota baharu SUHAKAM itu adalah Datuk Mary @ Mariati Robert, Dahim Anak Danot, Bathmavathi K. Krishnan, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, Datuk Tay Lee Ly dan Abdul Kadir Jailani Ismail.
“(Mereka dilantik) sebagai anggota SUHAKAM untuk tempoh tiga tahun hingga 19 Ogos 2028,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial