AM

Mohamad Hasan Ketuai Delegasi Malaysia Ke UNGA Di New York

24/09/2025 11:44 PM

Daripada Muhammad Faiz Baharin

NEW YORK, 24 Sept (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2025) di New York bermula esok hingga Ahad.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohamad dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada Ahad, pukul 5 pagi (waktu Malaysia).

“Selain menyertai beberapa mesyuarat peringkat tertinggi, Mohamad juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” menurut kenyataan itu.

Penyertaan Malaysia dalam UNGA 2025 menzahirkan komitmen teguh Kerajaan MADANI terhadap multilateralisme dan usaha memperkukuh kerjasama global.

“Khususnya dalam memajukan keamanan dan keselamatan, perdagangan dan pelaburan, ekonomi hijau, teknologi baharu serta pembangunan mampan,” menurut Wisma Putra.

UNGA 2025 bertemakan Better together: 80 Years and More for Peace, Development and Human Rights.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan