AM

Semua Pihak Mesti Patuhi Deklarasi Kuala Lumpur - Shamsul Azri

02/09/2025 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pihak agar mematuhi sepenuhnya Deklarasi Kuala Lumpur yang telah dipersetujui.

Shamsul Azri menegaskan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Nasional Siri 5 Bil. 2/2025 bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang berlangsung pagi tadi.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh integriti, meningkatkan kecekapan tadbir urus sektor awam serta menyelaras pelaksanaan dasar secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata komitmen terhadap prinsip tatakelola yang baik di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah asas dalam menjayakan agenda reformasi tadbir urus negara secara menyeluruh dan berkesan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan