SUKAN

Kelayakan Piala Asia Wanita B-20: Jepun Belasah Malaysia 16-0

08/08/2025 11:38 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Harapan skuad Bawah 20 (B-20) wanita negara untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-20 Wanita 2026 berkecai selepas tewas 0-16 kepada Jepun dalam aksi kedua Kumpulan F pusingan kelayakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur hari ini.

Skuad kendalian Cameron Ng ketinggalan 0-7 pada babak pertama menerusi jaringan Anon Tsuda (minit ke-5, 23, 29), Mao Itamura (14, 17, 33) dan Asako Furuta (45+2).

Memasuki separuh masa kedua, Jepun terus menguasai permainan dengan menambah sembilan lagi gol melalui Furuta (45, 90+3), So Kojima (52, 58, 89), Tsuda (60), Sawa Tsuge (63) dan Yuka Kurimoto (68, 77).

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini berada di tangga tercorot, manakala Jepun kekal di kedudukan teratas Kumpulan F dengan mengumpul enam mata.

Sementara itu, kedudukan kedua Kumpulan F dihuni Iran yang berjaya meraih kemenangan kedua hari ini selepas menumbangkan Guam 2-0.

Malaysia selepas ini akan melengkapkan aksi kelayakan Kumpulan F pada Ahad ini untuk penentuan tempat ketiga/keempat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan