KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai hab keilmuan Islam antarabangsa menerusi pendekatan yang sederhana, progresif dan inklusif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menerusi perkongsian di platform X, Mohd Naim berkata sumbangan sebanyak 235 jilid Hui Muslim Canon daripada delegasi China justeru satu langkah besar ke arah memartabatkan warisan keilmuan Islam di persada dunia.
Delegasi itu diketuai Naib Pengerusi China Cuisine Association Ma Zhijun.
Mohd Naim berkata koleksi keilmuan Islam yang dikarang oleh sarjana Hui Muslim selama lebih seribu tahun itu bukan sahaja memperkayakan khazanah ilmu di negara ini malah menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam Timur dan Alam Melayu.
"Inisiatif ini mencerminkan semangat Islam sebagai rahmat untuk seluruh alam yang meraikan kepelbagaian budaya, memperkukuh ukhuwah dan memperteguh perpaduan sejagat," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial