AM

Kandungan Jelik Di TikTok: Shafiq Halim Bayar Kompaun RM10,000 - MCMC

09/07/2025 01:06 PM

CYBERJAYA, 9 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima bayaran kompaun sebanyak RM10,000 daripada Mohamad Shafiq Abdul Halim, yang dikenakan tindakan penguatkuasaan atas kesalahan memuat naik kandungan jelik dan melampau menyentuh sentimen kaum serta agama melalui aplikasi TikTok pada 31 Mac lepas.

Menurut MCMC, tindakan penguatkuasaan terhadap Mohamad Shafiq diambil hasil siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], serta selepas memperoleh kebenaran pengkompaunan daripada Jabatan Peguam Negara.

"MCMC memandang serius penyalahgunaan platform digital bagi menyebarkan kandungan berunsur perkauman, keagamaan ekstrem atau yang menyentuh institusi negara. 

"Pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa beretika, berhemah dan bertanggungjawab dalam setiap kandungan yang dimuat naik atau dikongsi," menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.

MCMC turut menegaskan komitmennya untuk memastikan ruang siber negara kekal selamat, terkawal dan kondusif, seiring dengan usaha memperkukuh perpaduan serta keharmonian masyarakat di Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan