JENAYAH & MAHKAMAH

Pesara Rugi RM500,000 Akibat Sindiket Pelaburan Palsu

08/07/2025 06:15 PM

KUCHING, 8 Julai (Bernama) -- Seorang pesara lelaki dari daerah Padawan (kira-kira 15 kilometer ke selatan dari sini) mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata pada Mac lepas, mangsa yang berusia lingkungan 70-an telah melayari internet sebelum menemui iklan pelaburan menawarkan kelas percuma oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Himin International Finance Academy (HIFA).

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa kemudian mengisi maklumat peribadi pada pautan disediakan dan telah dihubungi seorang lelaki tidak dikenali, dipercayai suspek utama dalam kes ini. 

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp dan diarahkan memuat turun sebuah aplikasi pelaburan palsu dikenali sebagai ‘PHCview’ untuk memulakan pelaburan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mancha berkata mangsa yang terperdaya telah melakukan beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam akaun bank diberikan suspek berjumlah RM500,000.

“Mangsa hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas membaca laporan akhbar yang membongkar modus operandi sindiket penipuan pelaburan dalam talian baru-baru ini.

“Sehingga laporan polis dibuat, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan