AM

AMM: Malaysia Adakan Mesyuarat Dua Hala Dengan Laos Dan Filipina

07/07/2025 08:38 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin hari ini telah mengadakan dua mesyuarat dua hala bersama pegawai kanan ASEAN dari Laos dan Filipina, sebelum bermulanya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan.

Perbincangan mesyuarat itu tertumpu kepada penyelarasan agenda, memuktamadkan dokumen penghasilan bersama, serta membincangkan susunan logistik dan protokol, bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat.

Mesyuarat itu juga bertujuan mengukuhkan koordinasi dalam kalangan negara anggota ASEAN mengenai isu-isu serantau utama, sebelum perbincangan pada peringkat menteri.

Amran memulakan sesi libat urus beliau dengan Timbalan Menteri Luar Laos Phongsavanh Sisoulath dan diikuti wakil SOM ASEAN-Filipina Ana Marie L. Hernando.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, akan merangkumi 24 mesyuarat peringkat menteri, termasuk sesi bersama rakan dialog ASEAN dan rakan dialog sektoral.

Acara yang berlangsung dari 8 hingga 11 Julai itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 delegasi, termasuk menteri luar ASEAN, Timor-Leste, rakan dialog ASEAN, negara peserta Forum Serantau ASEAN (ARF), rakan dialog Sektoral, serta pegawai kanan Sekretariat ASEAN.

Malaysia menjadi tuan rumah AMM ini sebagai sebahagian daripada penggal kelima sebagai Pengerusi ASEAN, setelah memegang peranan itu sebelum ini pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan