KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd menyambung semula operasi bekalan gas sepenuhnya berikutan penamatan sekatan susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pihaknya menerima pengesahan rasmi daripada pembekal gasnya pada Selasa berhubung penamatan sekatan itu di stesen Batu Tiga City Gate dan Shah Alam.
Gas Malaysia berkata operasi bekalan gas disambung semula mengikut kuantiti yang ditetapkan dalam perjanjian bekalan gas masing-masing dengan pelanggan.
Sebelum ini, kumpulan itu melaporkan berlaku gangguan dalam bekalan gas selepas insiden Putra Heights yang membawa kepada sekatan dan langkah berjaga-jaga di beberapa stesen bagi memastikan keselamatan serta integriti sistem.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial