KOTA BHARU, 30 Jun (Bernama) -- Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berpeluang menyertai program LEAP di University of Oxford, United Kingdom bernilai lebih RM20,000, melalui peraduan #UnifiBusinessTakeMeToOxford yang dianjurkan Unifi Business bersempena dengan Hari PMKS 2025.
Ketua Pegawai Komersial Strategi Pengguna dan Perniagaan Unifi Shanti Jusnita Johari berkata dua usahawan bertuah bakal dipilih bagi memenangi hadiah utama berkenaan, selain hadiah menarik lain seperti penyelesaian bundle Go Bookit, serta kelas eksklusif bersama tokoh usahawan ternama Pinn Yang.
Beliau berkata para usahawan hanya perlu melanggan pelan Unifi Business dan mempromosikan perniagaan mereka melalui media sosial berserta tanda pagar #SapotLokal #BelanjaDiSme dan #UnifiBusinessTakeMeToOxford sepanjang tempoh peraduan yang bermula dari Isnin lepas (23 Jun) hingga 31 Julai ini.
“Peraduan terbuka kepada semua usahawan di seluruh negara, sama ada pelanggan Unifi Business atau tidak. Mereka yang melanggan produk Unifi Business akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang,” katanya dalam kenyataan.
Shanti Jusnita berkata mengambil sempena Hari PMKS tahun ini, Unifi Business turut menjelajah Pantai Timur melibatkan tiga lokasi, iaitu di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu pada Isnin lepas, Bazar Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang (12 Julai) dan Pasar Payang, Kuala Terengganu, Terengganu (16 Julai).
Selain itu, bagi meraikan Hari PMKS, Unifi Business juga telah melancarkan pakej Go Bookit bersama pelan UNI5G Business pada 30 Mei lepas.
Beliau berkata aplikasi ini direka khas untuk membantu usahawan mengurus pelanggan dan janji temu dengan lebih teratur dan efisien.
“Pakej ini sesuai bagi usahawan solo yang menawarkan perkhidmatan berasaskan janji temu seperti jurumekap, juruelektrik, tukang paip, tukang jahit, pemilik salon dan sebagainya.
“Pakej ini turut disertakan dengan telefon pintar 5G secara percuma, menjadikannya pilihan yang sangat berbaloi untuk usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan secara digital,” katanya.
Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan aplikasi ini secara percuma untuk tempoh percubaan selama tujuh hari.
Untuk maklumat lanjut layari https://biz.unifi.com.my/promotions/gobookit?utm_source=bernamatv&utm_medium=sponsored_article&utm_campaign=unifibusiness_gobookit_top_q2_2025&utm_content=sponsoredarticle_gobookit_bm.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial