ISTANBUL, 20 Jun (Bernama-Anadolu) -- Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata pada Jumaat bahawa satu-satunya jalan untuk menamatkan perang semasa ialah Israel menghentikan serangan udaranya tanpa sebarang syarat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Kami sentiasa mendukung keamanan dan kestabilan,” kata Pezeshkian dalam satu kenyataan, menurut laporan media Iran.
Beliau menegaskan bahawa “dalam keadaan semasa, keamanan yang berkekalan hanya boleh dicapai sekiranya Zionis menghentikan permusuhan dan memberikan jaminan kukuh untuk menamatkan provokasi keganasan mereka.”
Presiden itu turut memberi amaran bahawa “kegagalan berbuat demikian akan mengundang tindak balas yang jauh lebih keras dan dikesali daripada Iran.”
Persengketaan tercetus pada Jumaat lepas apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sekali gus mencetuskan serangan balas oleh Tehran.
Kedua-dua pihak melaporkan kematian dan kecederaan dalam siri serangan udara yang masih berterusan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial