POLITIK

AMK Umum Barisan Kepimpinan 2025-2028

20/06/2025 05:58 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengeluarkan senarai penuh pelantikan barisan kepimpinan sayap itu bagi penggal 2025-2028, hasil mesyuarat pertama Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMK), semalam.

AMK dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar mereka akan dapat menjalankan tugas dan amanah diberikan dalam memberi khidmat kepada akar umbi dan masyarakat keseluruhannya.  

“Selain itu, beberapa agenda mesyuarat telah dibincangkan bagi memperkukuh peranan AMK sebagai wadah utama suara anak muda dalam politik Malaysia serta mendepani cabaran semasa dengan pendekatan lebih inklusif dan progresif.

“AMK juga komited untuk terus memperkemas penyampaian penerangan dan komunikasi serta menetapkan kerangka strategik yang jitu bagi mendepani pilihan raya akan datang,” menurut kenyataan itu.

 

Berikut senarai kepimpinan AMK penggal 2025-2028:

  1. Ketua (merangkap Pengarah Akademi KEADILAN Rakyat AKAR) : Muhammad Kamil Abdul Munim
  2. Timbalan Ketua (merangkap Pengarah Pilihan Raya) : Muhammad Izuan Ahmad Kasim
  3. Naib Ketua : Muhammad Nabil Halimi
  4. Naib Ketua : Dr Mohammed Taufiq Johari
  5. Naib Ketua : Chiew Choon Man
  6. Naib Ketua : Pravin Murali (lantikan)
  7. Naib Ketua : Nadia Fathin Syahira (lantikan)
  8. Setiausaha : Omar Mokhtar A. Manap (lantikan)
  9. Bendahari : Mohd Hilmy Yakap (lantikan)
  10. Ketua Penerangan : Ahmad Danish Hairudin (lantikan)
  11. Setiausaha Pengelola : Muhammad Afif Abdullah (lantikan)
  12. Pengarah Komunikasi | EXCO : Nurhanani Dhamirah Razaleh
  13. Pengarah Strategi | EXCO : Mohammad Syamil Luthfi Samsul Bahrin
  14. Skuad KEADILAN : Mohammad Nazim Abdullah (lantikan)
  15. Penolong Setiausaha : Khairunnisa Abu Samah (lantikan)
  16. Timbalan Bendahari : Tan Keng Siang (lantikan)
  17. Timbalan Ketua Penerangan : Sharvin Ravindran (lantikan)
  18. Timbalan Pengarah Komunikasi : Adib Ashman Burhan (lantikan)

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan