KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Model pembayaran sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) akan dilaksanakan terhadap penyedia penjagaan kesihatan awam dan swasta dengan penekanan khusus kepada sektor swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
“Ini adalah pendekatan yang paling piawai, adil dan saksama. Jadi, sudah tentu melibatkan sektor awam dan swasta, terutamanya swasta, kerana kita mahu mengawal inflasi perubatan dalam sektor swasta,” katanya kepada pemberita selepas sesi panel beliau pada Simposium Sasana 2025 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sistem DRG hanya akan dilaksanakan di sektor awam dan tidak melibatkan penyedia penjagaan kesihatan swasta.
Bagaimanapun, Dzulkefly berkata persoalan bagaimana dan bila pelaksanaan akan dijalankan adalah di luar bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) kerana ia melibatkan tiga pihak iaitu KKM, Kementerian Kewangan, BNM serta pihak berkepentingan lain.
Media sebelum ini melaporkan fasa pertama sistem DRG akan menumpukan kepada penyakit ringan di hospital yang dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial